18 April 2013

Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

7 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

SERDANG - Seorang ahli kumpulan gengster bergelar Geng 36 yang mempunyai tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu mati selepas terkena tujuh das tembakan dari jarak dekat ketika sedang berehat di atas sofa di Jalan 6/1 Kawasan Perindustrian Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan K. Raman, 34, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua kali di bahu kiri, dan masing-masing satu das di bahu kanan, dada kiri, leher kanan, belakang leher serta cuping telinga kanan.

Difahamkan, kejadian tersebut bermotifkan dendam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan amat kejam dan nekad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu serta angka 36 di belakang badannya.

sinar/-

Tiada ulasan: