02 Mei 2013

BEKERJA MENOLONG AGAMA ALLAH

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

 
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmti Allah sekalian,
Firman Allah Taala yang berbunyi :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
Wahai orang-orang Yang beriman, Kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Saya memperingatkan diri saya dan saudara-saudara sekelian bahawa temujanji kita untuk meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya menuju kepada kehidupan yang kekal abadi adalah semakin hari semakin hampir. Entah esok, entah lusa kita akan kembali menemuiNya. 

Seringkali kita diperingatkan agar jangan jemu bertanya sendiri kepada diri kita, adakah kita bersungguh-sungguh bersedia menghadapi temujanji itu apabila sampai masanya. Nasib kita ketika itu tidak lagi ditentukan dengan berapa banyak harta yang kita miliki, kerana Malaikat tidak menerima apa-apa sogokan untuk melepaskan kita, tidak lagi ditentukan dengan berapa tinggi kedudukan pangkat kita kerana Malaikat tidak mampu ditakut-takutkan dengan pangkat dan kekuasaan kita, tidak lagi ditentukan dengan berapa ramai pengikut kita yang akan mengundi kita sebagai orang yang tidak bersalah. Sebaliknya kita akan dinilai berdasarkan prestasi kita menunaikan tugas-tugas kehambaan kita kepada Allah dan tugas-tugas menjadi pentadbir kepada kehidupan ini. Firman Allah SWT:
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍۢ دَرَجَـٰتٍۢ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۢ ﴿١٦٥﴾   

dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(QS Al-An’am 165)

Saudara-saudaraku sekelian,
 Oleh sebab itu, melakukan ketaatan kepada Allah tidak ada had umur pencennya. Melakukan usaha mengembalikan hak-hak Allah dalam mentadbir urus kehidupan ini yang sebahagian hak-hak itu telah dirampas mahupun tidak dipedulikan oleh sebahagian manusia-manusia yang bongkak mesti diteruskan tanpa had umur.

Allah Maha Kaya, khazanah kekayaannya tidak pernah kering untuk membayar imbuhan ‘gaji’ kepada pekerja-pekerja yang menolong agamanya bahkan tidak putus-putus memberikan ‘bonus’ kepada pekerja-pekerja yang membela agama dalam diri dan masyarakat. Lebih hebat daripada itu Allah SWT menawarkan ganjaran kerja itu tetap berterusan walaupun pekerjanya sudah tiada lagi di dunia ini. Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٧﴾
Bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).(QS al-Munafiquun: 7)

Saudara-saudara sekelian,
Apa pun profesion rasmi anda samada pegawai tinggi kerajaan, doktor, guru, ustaz, ahli politik, ahli sukan, pereka fesyen, pengamal media, pesara, pekerja bank, ahli perniagaan, hatta menteri dan raja pun, hakikatnya adalah majikan kita yang sebenar adalah ALLAH SWT. Bahkan orang yang tidak mempunyai pekerjaan pun dituntut bekerja untuk Allah! Setiap kita dituntut untuk bekerja membela agama Allah, menegakkan Islam dalam diri kita keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita, negara kita dan seterusnya seluruh alam. Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًۭا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣﴾
dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(QS Fussilat :33)

Maka KPI (Key Performance Indicator) kita ialah sejauh mana kita dapat membantu untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini dan sejauh mana Islam menguasai diri kita sehingga diri kita adalah “terjemahan atau biasan” Islam itu sendiri.

Saudara sekelian,
Amatlah rugi sekiranya kita gagal memahami konsep bekerja bermajikankan Allah ini. Apabila kita gagal memahami kita ini bekerja untuk apa, maka banyak hak-hak Allah kita langgar walaupun kita rasa kita tindakan kita betul. Sebagai contoh:

Apabila pengamal media kabur tentang konsep kerja untuk Allah maka dia akan kehilangan etika, sanggup memanipulasi berita, sanggup mempromosi berita-berita jijik bahkan menayangkan kepada umum, mempromosikan kejijikan kepada masyarakat sedangkan Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿١٩﴾
Sesungguhnya orang-orang yang suka mempromosi  perkara-perkara yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).(QS al-Nur 19)

Apabila kita gagal memahami konsep kerja untuk Allah, maka demi mengekal atau merebut kuasa segala jalan dirempuh walaupun rempuhan itu terkena kepada batas-batas (hudud) yang telah ditentukan oleh Allah dan adab menjaga hubungan sesama saudara seIslam. Tuduh menuduh, fitnah menfitnah, memutuskan tali silaturahim walaupun kepada saudara seagamanya sendiri. Semuanya ini adalah perkara yang diharamkan oleh Allah!

Apabila ahli-ahli ilmu tidak faham memahami konsep kerja untuk Allah maka ilmunya itu tidak mendekatkan dirinya mahupun orang yang mempelajari ilmu daripadanya kepada Allah. 

Tidak ramai di kalangan ahli-ahli sukan mahupun budayawan yang sedar  bahawa profesionnya juga menuntut mereka bekerja untuk Allah. Kesedaran mereka konsep bekerja ini akan menyelamat umat Islam dari hilang hala tujuan ketika bersukan atau berbudaya. Demi mengejar kesihatan tubuh badan, soal halal dan haram dirempuh. Demi nak mengekalkan nilai seni dalam hidup, halal haram tidak diambil kira sedangkan tubuh yang sihat penting untuk beribadat secara sempurna kepada Allah. Jiwa yang halus penting untuk mengenal kelemahan diri dan menghayati betapa perkasanya Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيْم.                                                                             

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾

dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".(QS al Taubah : 105)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,
Sesungguhnya kita semua adalah pekerja yang mempunyai majikan masing-masing. Adapun ketua bagi semua majikan di alam ini adalah Allah Taala, pemilik dan pentadbir alam jagat ini. Marilah kita dengan penuh keinsafan, mengakui kelemahan dan kekurangan diri kita, bahawa kita semua akan dihisab dan ditentu kedudukan kita sama ada di syurga atau di neraka. 

            Semakin banyak amal kebajikan kita yang mengikut panduan dan pedoman al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW semakin dekat kita dengan Allah Taala. Begitu juga semakin menyimpang amalan kita dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya semakin jauh kita daripada rahmat Allah yang menyebabkan kita mendapat kemurkaan dan seksaan Allah yang tidak terperi sakitnya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. 

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
 
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan: