02 Mei 2013

Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!

21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol

JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.


Ikuti laporan penuh Wan Nordin Wan Yaccob dalam Harakah Jumaat ini.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap bekas MB NS Isa Samad tewas. Macam mana seorang yang didapati bersalah berpolitik wang olih partinya sendiri dipilih untuk bertanding dalam PRU semula. Macamlah takde orang NS yang layak dan lebih cerdik. Apalah hebatnya Isa tu. Cuba minta dia bersumpah dimana saja yang dia tidak pernah menerima wang rasuah dan barang2 yang bernilai. Macam bagus je Isa tu, wallah.