Sepanduk
atau Papan iklan dan juga bendera PAS yang dipasang di kawasan Kg Lusut
Jaya dalam parlimen Sibuti telah dibuang dan dirosakkan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Kita
dapati beberapa papan iklan dan bendera PAS telah dirosakkan oleh
mereka yang tidak mempunyai sikap profesional dalam menghadapi pihak
lawan.
Merosak
papan iklan dan bendera parti yang bertanding dalam pilihanraya umum
ini merupakan satu kegiatan oleh pihak yang tidak bertamadun. Kita tidak
mahu kegiatan merosak bendera yang berlainan fahaman politik menjadi
budaya politik di Malaysia ini.
Sepatutnya
semua pihak yang bertanding bebas meletak papan iklan dan bendera
politik parti masing-masing di tempat yang dibenarkan tanpa sebarang
gangguan. Ini musim pilihanraya umum sepatutnya perkara semacam ini
tidak berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Kita
mengesa pihak SPR dan pihak keselamatan dapat memantau dan mengambil
tindakan tegas keatas mereka yang merosakkan papan iklan dan bendera
parti yang bertanding tanpa mengira fahaman politik.
Diharap
pihak yang berkenaan dapat bertindak segera demi keselamatan semua
pihak yang bertanding dalam PRU13 ini supaya tidak ada kejadian yang
tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan
sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan