17 Januari 2012

Anak-anak muda dipaksa isi borang masuk Umno

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS – Menurut Bekas Ketua Puteri Umno , Rusni Hassan, Umno memaksa anak-anak muda menandatangani borang keahlian Umno sebagai syarat untuk mendapat ‘Dana Bakti Remaja’.

“Anak-anak muda dipaksa masuk masuk Umno, kalau nak wang Dana Bakti Remaja masuk Umno dulu, saya tahu sebab saya pernah buat program itu,”katanya ketika berucap di Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Bukit Berangan, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika membidas ucapan Pengerusi Umno Kampungnya, Kampung Banggol Donas yang memperkecil-kecilkan tindakan beliau bersama 80 rakannya menyertai PAS 9 Disember lalu.

Menurutnya , telah dua kali wakil rakyat Umno Teluk Pasu, Dato’ Rahin Said memperdayakan rakyat dalam kes pengambilan tanah yang berlaku di kampungnya.

Kali pertama, katanya, sewaktu projek jalan dan jambatan tersebut baru dimulakandan kali kedua pada minggu lalu, apabila mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

“Dato’ Rahin buat kenyataan di akhbar, ucap terima kasih keana penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan tersebut, sedangkan tidak ada apa-apa perbincangan yang dibuat dengan orang kampung,

“Minggu lalu, ketika datang berceramah, beliau kata pampaan tanah RM1 juta bagi sehektar, mana boleh sama pampasan tanah pembangunan dengan tanah pertanian,”ujarnya.

Beliau mengulangi tekadnya untuk bekerja bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional jatuh pada pilihanraya umum akan datang.

Buletin Online

1 ulasan:

Awanama berkata...

kalu tak menipu,menyangak dan rasuah itu bukan pemimpin UMNO namanya...