17 Januari 2012

Duit lebur ditipu syarikat broker rumah

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pemandu teksi mahu membelikan anak sulongnya sebuah kondominium lebur apabila duit deposit pembeliannya ditipu oleh syarikat broker rumah.

Mangsa S.Vealanthan, 55 berkata, dia bertemu wanita yang merupakan wakil syarikat itu hujung tahun lalu selepas tertarik dengan iklan sebuah kondominium yang hendak dijual di Wangsa Maju.

Menurutnya dia ditawarkan untuk membeli kondominium itu dengan harga RM 255,000.

“Saya diminta untuk membayar deposit 3% daripada harga rumah iaitu dan saya menyerahkannya RM 7650. tunai,”katanya.

Katanya lagi, wanita itu kemudiannya berjanji untuk membantu saya mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah dalam masa sebulan.

“Selepas sebulan dia gagal mengotakan janji menyebabkan saya cuba untuk membuat permohonan pinjaman bank sendiri namun bank membuat taksiran pinjaman yang dibuat hanya RM 200,000 sahaja,”katanya

Menurutnya untuk mendapatkan kepastian dia cuba mendapatkan tiga buah bank lain dan pinjaman yang ditawarkan masih sama.

“Wanita itu seperti tidak berpuas hati selepas saya memintanya menurunkan harga ke RM 200,000 dan memberitahu perjanjian pembelian rumah itu sudah ditandatangani dan duit deposit dianggap ‘hangus’ jika saya tidak jadi membelinya,”katanya

Tidak berpuas hati dengan jawapan wanita itu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sinar Harian

Tiada ulasan: