23 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Polis menahan empat beradik dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Karang, Kuala Selangor, dekat sini, semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan loteri haram.
Serbuan itu dilakukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira jam 6 petang.
Empat beradik termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 dan 50 tahun itu diberkas selepas polis melakukan risikan selama dua minggu.
Menurut jurucakap polis semalam, selain RM19,000, polis turut merampas beberapa mesin faksimili dan dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan.
Difahamkan, sindiket yang bergiat aktif sejak dua tahun itu, mampu mengaut keuntungan sehingga mencecah RM1.5 juta dalam tempoh sebulan.
Menurut jurucakap polis, ketika serbuan itu, kesemua suspek sedang menunggu keputusan loteri dan tidak menyedari kehadiran polis.
“Mereka cuba untuk meloloskan diri tetapi gagal kerana premis terbabit sudah dikepung,” katanya.
Siasatan awal mendapati sindiket terbabit melantik ejen bagi mencari pelanggan dan setiap nombor pertaruhan yang dipilih akan ditempah melalui mesin faksimili.
Ejen yang mendapatkan pelanggan juga akan diberi komisen 20 sen bagi setiap nombor yang dibeli dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bergantung kepada jumlah nombor yang ditempah kaki judi (pelanggan).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu dan kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan