23 Safar 1433H. [MOD] -
PORT DICKSON - Gara-gara melarikan diri dari operasi polis, seorang wanita berusia 36 tahun sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun dari tingkap bahagian dapur rumahnya di tingkat empat bangunan Blok A Taman Sri Bandar, Port Dickson, jam 11.45 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, wanita terbabit adalah pesalah yang dikenakan sekatan di Bagan Serai, Perak atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).
Menurutnya, wanita yang cedera di bahagian kaki kiri, pinggang dan leher itu didapati melanggar syarat dengan pulang semula ke Port Dickson.
“Ketika operasi yang dijalankan untuk menyiasat kes itu, suspek berada di rumah bersama ibu dan dua anaknya.
“Bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan bagi menyiasat kejadian sebenar,” katanya kepada pemberita.
Baljeet berkata, suspek terbabit dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.
Operasi itu dilakukan anggota unit Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson diketuai Inspektor Norsaiful Ahmad Najib bersama lima anggota.
Difahamkan, ketika operasi dilakukan, gril rumah suspek dalam keadaan berkunci dan pintunya sedikit terbuka.
Suspek yang enggan memberi kerjasama kemudian cuba melarikan diri kira-kira 20 minit selepas polis mengetuk pintu.
Seorang penduduk, A Krishnan, 58, berkata, ketika kejadian, dia berada di bahagian ruang tamu rumah dan terdengar bunyi sesuatu berat terhempas.
“Isteri saya yang kebetulan sedang memasak di dapur segera melihat di bahagian luar dan ternampak seorang wanita sudah terbaring serta mengerang kesakitan.
“Wanita berkenaan jatuh berhampiran belakang rumah saya dan dia baru sahaja beberapa bulan pindah di blok ini di mana sebelum ini, dia bersama keluarganya menyewa di Blok A hampir setahun lalu,” katanya.
Suspek pada awalnya dilihat cuba berpaut pada sebatang paip yang terdapat di dinding bangunan sebelum tersangkut pada besi ampaian dan terjatuh.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan