23 Safar 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Melor, dekat sini dengan menggunakan sebilah parang pada Julai tahun lalu.
Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohammad Faireen Rahimi, 23, setelah lelaki itu mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut bersama dua orang yang masih bebas.
”Kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana melibatkan rompakan dan penggunaan senjata yang jelas merupakan jenayah yang boleh membawa kerugian, meninggalkan trauma kepada mangsa dan boleh mengancam nyawa. Dengan itu, anda dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan dikenakan dua sebatan,” katanya.
Penganggur berasal dari Kedai Lalat itu didakwa bersama dua yang masih bebas telah melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan sebilah parang ke atas penjaga kaunter, Nor Haizan Mat Adam, 25, dengan mengambil wang tunai RM170 dan 50 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM800 di Kedai 24 Jam Gold Shop, dekat sini pada 31 Julai lalu.
Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, mangsa sedang berada di kaunter kedai sebelum didatangi tertuduh yang mahu membeli rokok.
Mangsa kemudian berpaling ke arah rak rokok dan sebaik sahaja rokok hendak diberikan kepada tertuduh, tertuduh mengeluarkan sebilah parang dan ugut untuk serahkan semua rokok yang berada di rak.
Kerana takut, mangsa menyerahkan 50 kotak rokok di rak. Kemudian, dua rakan tertuduh datang dengan seorang rakannya menunggu di luar kedai dan seorang lagi masuk ke dalam kedai, minta duit dalam mesin duit di kaunter dan mangsa memberikan wang jualan berjumlah RM170.
Mohammad Faireen dan rakan kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta sehingga tertuduh berjaya ditangkap polis pada 4 Ogos lalu.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan