23 Safar 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporat, Kumpulan Media Karangkraf akan mengadakan kempen derma darah bertemakan Was It You Who Saved My Life di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada 28 Januari depan.
Kempen bermula jam 10 pagi hingga 4 petang itu adalah kali kedua diadakan, selepas sambutan luar biasa diterima ketika kempen kali pertama pada 2009 yang mana berjaya mengumpul 61 pin darah.
Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Izahar Atan berkata, kempen ini juga bagi membantu Pusat Darah Negara yang memerlukan 500 hingga 600 pin darah setiap hari untuk didermakan kepada hospital di seluruh Lembah Klang.
“Kempen ini platform memberi kesedaran membantu masyarakat, memenuhi keperluan kes kecemasan dan menyelamatkan nyawa.
“Walaupun kempen ini dibuka kepada orang luar, kakitangan Karangkraf juga digalakkan menyertai kempen ini,” katanya.
Izahar berkata, kempen yang diadakan sempena Karnival Karangkraf bermula 27 hingga 29 Januari depan itu menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma.
“Kita mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama Pusat Perubatan Darul Ehsan. Mereka yang datang berpeluang melalui pemeriksaan kesihatan tekanan darah, tahap glukosa, kolesterol dan Indeks Jisim Badan (BMI).
“Seluruh pengunjung karnival dan pembaca produk Karangkraf dijemput menyertai kempen ini,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan