23 Safar 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR - Bimbang nyawa terancam dengan ugutan bunuh oleh suami sendiri, seorang guru merayu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat meluluskan permohonannya untuk bertukar tempat bertugas.
Siti Muniroh Mohd Shukri, 31, berkata, suaminya, Aldin Osdam, 31, mengugut untuk menyembelihnya jika terserempak dan akan membuat sesuatu kepada keluarga mertuanya (emak suami) di Tawau, Sabah kerana menyembunyikan mereka dua beranak.
Sebelum ini iaitu 22 Julai tahun lalu, beliau bersama anaknya, Muhammad Al-Mustaqim yang berusia sembilan bulan bertindak melarikan diri kerana tidak tahan didera akibat cemburu keterlaluan suaminya itu.
“Kami berkawan sejak di alam universiti. Namun sejak berkahwin dua tahun lalu dia mula menunjukkan belang sebenar apabila sering mendera dengan memukul kepala saya serta pernah menyimbah ‘klorox’ gara-gara cemburu.
“Sikapnya semakin menjadi-jadi apabila kami berpindah ke Sabah apabila saya ditempatkan di salah sebuah sekolah rendah. Saya hanya dibenarkan keluar untuk mengajar,” katanya ketika ditemui media di Kampung Alor Buluh, di sini, semalam.
Siti Muniroh berkata, walaupun sudah beberapa kali diperlakukan sedemikian rupa namun tidak berupaya melarikan diri kerana semua dokumen penting dipegang suami termasuk kad pengenalan.
“Mujurlah pada hari kejadian, suami membenarkan saya memegang dokumen itu untuk urusan pemeriksaan kesihatan anak dan saya mengambil peluang lari ketika dia pergi menunaikan solat Jumaat.
“Selain sering didera, saya hidup dalam ketakutan akibat sering diburu Along kerana suami pernah membuat pinjaman dan masih belum dapat melunaskannya,” katanya.
Ketika ini, suaminya yang juga penganggur masih ditahan di penjara Sabah selama tiga bulan bermula 18 November 2011 hingga 18 Januari 2012 atas kesalahan dadah.
“Saya bimbang dia akan mengotakan kata-katanya jika masih berada di Sabah kerana dia pernah cakap akan pukul…memang dia pukul…dia cakap nak potong rambut saya..dia memang potong dan kini dia ugut nak sembelih….
“Setakat ini saya buat empat laporan polis, dua sewaktu di Lahad Datu dan dua di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar. Dalam masa yang sama saya juga akan menuntut cerai daripada suami,” katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu KPM menerima permohonannya untuk bertukar tempat mengajar dari Lahad Datu, Sabah ke kampung halamannya di Kedah kerana bimbang dengan ancaman keselamatan diri dan keluarga.
“Kali pertama permohonan dibuat pada ketua pengarah KPM pada 27 Julai 2011, bulan Ogos tahun sama kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) serta permohonan dalam talian tetapi ditolak pada 10 November 2011.
“Saya kembali merayu pada 12 November namun tetap ditolak dan terakhir pada 11 Januari lalu untuk kali keempat saya pergi sendiri ke kementerian di Putrajaya,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan