23 Safar 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Penduduk di Kampung Pahang, Pengkalan Balak, di sini, meminta pihak berkaitan supaya memantau belukar berhampiran jalan kampung itu yang didakwa menjadi sarang babi hutan berikutan bimbang insiden kemalangan membabitkan haiwan liar berkenaan berulang.
Kejadian kira-kira jam 10 malam, Sabtu lalu mengejutkan sebuah keluarga yang sedang rancak berborak dengan bunyi dentuman kuat di hadapan rumah mereka sebelum menyedari seekor babi hutan dirempuh sebuah kenderaan di jalan Kampung Pahang, Pengkalan Balak, di sini.
Saksi Kejadian, Wafa Baba, 52, berkata, babi hutan dewasa itu dipercayai keluar secara tiba-tiba dari belukar sebelum dirempuh sebuah kereta dan terseret sejauh kira-kira 10 meter.
“Ketika itu, kami menyangka pemandu kereta terbabit melanggar pejalan kaki, sebaliknya terkejut apabila mendapati seekor babi hutan bergelimpangan di atas jalan.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan terus memecut laju, berkemungkinan terkejut dengan insiden yang berlaku.
Katanya, tidak berapa lama kemudian muncul sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dari arah Sungai Tuang merempuh haiwan berkenaan hingga terseret kira-kira lima meter.
“Ketika itu, saya bimbang ia tercampak ke arah kami yang berada tidak jauh dari situ. Oleh itu, saya harap pihak berkaitan dapat memantau hutan belukar yang sudah menjadi tempat babi hutan ini beranak pinak sebelum kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan