23 Safar 1433H. [MOD] -
BALING - Penduduk di daerah ini dinasihatkan tidak panik mengenai bekalan minyak masak di daerah ini kerana masalah kekurangan bekalan berkenaan adalah disebabkan cuti umum yang menyebabkan pengilang tidak dapat menghantar bekalan kepada peniaga runcit mahupun pasar raya.
Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daerah Baling, Abdul Rafar Wahid berkata, masalah kekurangan minyak ini adalah disebabkan penghantaran bekalan kepada peruncit.
“Andaian mengenai peruncit menyimpan dan menyembunyikan minyak adalah tidak benar. Kita sudah menghantar pegawai untuk menyiasat bekalan minyak di setiap kedai di daerah ini.
“Tinjauan mendapati bekalan minyak di gerai masih mencukupi mencukupi. Namun, peruncit terpaksa mengehadkan minyak berikutan terdapat pembelian panik oleh pengguna sehingga menjejaskan pengguna lain,” katanya.
Katanya, pengguna juga disarankan membeli minyak masak dalam jumlah yang diperlukan, bukannya untuk dijadikan stok kerana ia akan memberi kesan kepada bekalan minyak di daerah ini.
“Namun begitu, pihak kami akan melakukan tinjauan dari semasa ke semasa untuk memastikan bekalan minyak masak di daerah ini mencukupi bagi menampung permintaan penduduk.
“Sekiranya terdapat masalah bekalan minyak, kita akan menggunakan Rescue Unit untuk mengambil bekalan minyak di Alor Setar seterusnya akan dihantar kepada peruncit yang berhadapan dengan kekurangan minyak masak,” katanya.
Abdul Rafar berkata, masalah bekalan minyak akan berakhir hari ini (semalam) kerana bekalan minyak masak telah dihantar ke semua peruncit dan pasar raya dengan jumlah yang mencukupi.
“Sehubungan itu, penduduk terutama peniaga disarankan tidak membuat pembelian panik kerana minyak masak di daerah ini mencukupi,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan mengenai rungutan penduduk mengenai bekalan minyak masak di daerah ini yang semakin meruncing.
Keadaan itu membuatkan peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan perniagaan berikutan bekalan minyak masak yang berkurangan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan