23 Safar 1433H. [MOD] -
KAJANG - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang berusia 25 hingga 41 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah, di sini.
Penahanan suspek membawa kepada penemuan semula barangan yang dipercayai dicuri termasuk kad pengenalan dan pasport mangsa, beberapa televisyen, set pembesar suara, komputer riba dan penghawa dingin berjumlah lebih RM50,000.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, empat suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Damai Perdana, 2 Januari lalu.
“Dua suspek lain pula ditahan dalam serbuan berasingan pada hari yang sama. Kesemua suspek mengaku terlibat dalam 9 kes pecah rumah di Kajang, suspek juga pernah ditangkap sebelum ini serta mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis,” katanya.
Beliau berkata, polis merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk pecah rumah dan barang kes lain.
“Kumpulan itu menjadikan modus operandi dengan guna balang gas oxy, gerudi, kunci pendua dan beberapa peralatan lain untuk pecah masuk rumah mangsa ketika penghuni tiada di rumah,” katanya.
Abd Rashid berkata, polis masih memburu tiga lagi suspek dari kumpu-lan itu, kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Dalam kes berasingan, Abdul Rashid berkata, polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang dipercayai melakukan jenayah samun, di sini.
Beliau berkata, polis merampas 13 jenis senjata antaranya parang, pisau, pedang samurai yang berbalut dengan kain kuning dan merah.
“Seorang daripada suspek itu mempunyai dua rekod jenayah dan dua lagi suspek dikehendaki polis Ampang dan Pudu,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan