23 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anuar ul Haq maju setapak lagi ke depan apabila beliau akan membuat pameran kartun solo selama sebulan di London sepanjang Februari ini.
Beliau akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun) dan akan berlangsung selama sebulan di situ.
Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan.
Antara isu yang difokus ialah Konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Isu, kata Zunar dalam satu kenyataannya.
Rasuah dalam skandal Scorpene, Isu pembunuhan Altantuya, Isu NFL, Isu isteri Perdana Menteri, Bersih, Sarawak dan sebagainya.
Ia dianjurkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Artikel 19 yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi dan dibantu oleh rakyat Malaysia di United Kingdom yang bergabung di bawah Rakan Pakatan Rakyat.
Majlis pelancaran akan diadakan di venue pameran tersebut iaitu di Free Word Centre, 60 Farringdon Road pada 15 Februari dan akan dirasmikan oleh pengasas Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown.
“Selain saya sendiri, turut berucap di majlis tersebut nanti ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Malik Imtiaz Sarwar,” kata Zunar.
Menurut surat jemputan oleh pihak penganjur, tiket untuk majlis tersebut adalah terhad dan ia berdasarkan siapa dulu dia dapat dan boleh ditempah dari sekarang hingga 3 Februari.
Kepada orang ramai, terutama yang tinggal di United Kingdom boleh menempah tiket melalui link ini http://article19zunar.eventbrite.com/ atau email kepada sonya@article19.org.
Tema "Berjuang Melalui Kartun"dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia.
Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku-buku kartun Zumar dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.
Selain tu, pejabat saya di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-buku beliau selalu dirampas.
“Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku saya atau kehilangan lesen dan kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku saya.
“Pada September 2010, saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah,” kata Zunar menceritakan perjuangannya.
Zunar sekarang sedang menyaman kerajaan atas tangkapan tersebut yang pada pandangan saya salah dari segi undang-undang dan kes akan mula didengar pada 18 Januari depan di mahkamah Kuala Lumpur.
Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo Zunar pertama sepanjang 30 tahun berkarya.
Sebelum ini pada akhir tahun lepas, Zunar juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol.
Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning"(Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.
Pakatan Rakyat sudah ada jambatan penghubung dengan peneroka menerusi ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman dan Pengerusi Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.
Oleh itu, tidaklah sukar untuk berada di tengah khalayak peneroka, lagipun suasana di tanah rancangan Felda sekarang ini sudah jauh berubah di mana kebanyakan peneroka sudah mahukan perubahan. Mereka menanti ketibaan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kepada mereka tawaran dalam Buku Jingga itu.
Kesimpulannya pada pendapat saya, Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar itu menatijahkan harapan dan keazaman yang sangat besar untuk Pakatan Rakyat membuat perubahan dan membersihkan Malaysia jika menang dalam PRU Ke-13 nanti.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan