11 Safar 1433H. [MOD] -
SEMABOK - Seorang pemandu bas tidak sempat membayar ansuran kereta apabila wangnya turut terbakar dalam kebakaran Bas Panorama di Lebuh AMJ, berhampiran Medan Selera Semabok, jam 12.25 tengah hari semalam.
Selain wang ansuran kereta berjumlah RM1,050 yang disimpan dalam beg sandang, duit kutipan tambang penumpang sebanyak RM700 juga terbakar di dalam bas yang dipandu D Laganathan, 61.
Laganathan berkata, kebakaran itu hanya disedari selepas diberitahu oleh seorang penunggang motosikal, Zulkifli Abd Latip, 48, yang datang dari arah sama menuju ke bandar raya, selepas menyuruhnya menghentikan bas.
“Pada mulanya, saya tidak percaya tetapi apabila seorang penumpang menjerit memberitahu ada api di belakang bas, saya segera menyuruh 10 penumpang termasuk lapan pelancong asing turun dari bas.
“Saya kemudian mencapai alat pemadam api dan cuba memadam kebakaran dengan bantuan Zulkifli tetapi tidak berjaya kerana api sudah marak sebelum sempat menghubungi talian kecemasan,” katanya.
Ada masalah brek
Laganathan berkata, dia memang menyedari terdapat masalah brek dan merancang mahu ke bengkel bas di Malim selepas menghantar semua penumpang di Melaka Sentral.
“Saya tidak tahu sama ada kebakaran ini berkaitan dengan brek atau tidak, tetapi kebakaran bermula dari bahagian belakang yang menempatkan enjin.
“Sedih juga kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar ansuran kereta saya dan anak, tidak sempat diselamatkan, selain duit kutipan tambang bas diperoleh sejak pagi turut terbakar,” katanya.
Saksi nampak percikan api
Sementara itu, Zulkifli berkata, sebelum kejadian, dia menaiki motosikal dari rumahnya di Ayer Molek dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik di kawasan Semabok.
“Saya lihat ada percikan api sebaik sahaja bas yang dipandu dari Sungai Ujong memotong motosikal saya.
“Saya terus memecut mengejar bas berkenaan dan mengarahkan pemandu berhenti dan memaklumkan perkara tersebut,” katanya.
Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Shahril Zauni berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 12.33 petang dan tiba di tempat kejadian 12 minit kemudian.
“Dua buah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu dan Bukit Katil diarahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari bahagian enjin berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan