12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
LUNAS - Seorang pemandu lori penunda kenderaan kemalangan berusia 30-an terkejut apabila menemui dua peluru hidup di tepi jalan.
Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, sebelum penemuan peluru itu, dia datang ke Bukit Sarang Ayam untuk menunda dua kereta yang terlibat dalam kemalangan kira-kira 8.45 pagi semalam.
Menurutnya, ketika mahu pergi ke bahu jalan untuk membuang air kecil, dia terkejut apabila ternampak dua peluru hidup di tanah.
“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim,” katanya.
Eng Khim berkata, dia mengarahkan ahli PPKM supaya tidak memegang peluru berkenaan kerana khuatir ia kemungkinan dimiliki oleh mana-mana kumpulan kongsi gelap.
Menurutnya, dia kemudiannya memaklumkan penemuan peluru itu kepada pihak bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
“PPKM menemui dua peluru di dalam longkang, manakala 17 lagi tertanam di dalam tanah. Sehingga kini jenis peluru yang ditemui itu masih dalam siasatan.
“Kesemua peluru terlibat dirampas polis bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan