12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SUBANG JAYA - Pengalaman dicekup dan ditahan polis dua tahun lalu nyata tidak memberi kesedaran kepada seorang penagih, di sini apabila kembali kepada tabiat lama dengan melakukan jenayah pecah rumah.
Bagaimanapun, nasib lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terbabit dengan kes kecurian dan cubaan pecah rumah selepas dibebaskan sejak sebulan lalu tidak menyebelahinya apabila berjaya ditahan sekali lagi.
Difahamkan, wajah lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah rumah yang cuba dipecah masuk, 14 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Yahaya Ramli berkata, suspek melakukan jenayah itu bersendirian, namun berjaya diberkas beberapa hari selepas wajahnya dikenal pasti.
“Wajahnya berjaya dikesan pada 29 Februari sebelum anggota menahan suspek di rumahnya keesokan hari.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis syabu,” katanya.
Difahamkan, lelaki berkenaan menjadikan kawasan kejiranannya sebagai mangsa dan menjadikan jenayah itu sebagai kerja tetap berikutan tidak mempunyai pekerjaan lain.
Yahaya berkata, siasatan awal mendapati, suspek terlebih dahulu memantau mangsa yang disasarkannya dengan meninjau kawasan kejiranan sepanjang hari dan memecah masuk pada waktu petang atau awal pagi.
Polis katanya, akan menjalankan siasatan terperinci untuk melihat sama ada suspek terlibat dengan beberapa laporan kes pecah rumah sebelum ini.
Suspek kini diletakkan di bawah pengawasan polis selepas dia ditahan pada 2010.
Dalam laporan Sinar Harian dua tahun lalu, penduduk di SS14 terkejut apabila mendapati jiran mereka menjadi dalang sebenar yang bergiat aktif melakukan pecah rumah di kawasan itu.
Kes pecah rumah yang menjadi-jadi di kawasan perumahan itu sebelum ini, menimbulkan persoalan, bagaimana penyamun dapat ‘melenyapkan’ diri dengan sekelip mata.
Bagaimanapun, persoalan terungkai apabila seorang lelaki berusia 43 tahun (lelaki sama), berjaya dicekup selepas cuba melarikan diri ketika penduduk membuat rondaan keselamatan di kawasan itu.
Apa yang mengejutkan, lelaki yang dipercayai pernah menjalani hukuman buang daerah selama dua tahun itu adalah nekad melakukan aktiviti berkenaan meskipun tinggal bersama keluarganya di kawasan perumahan sama.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan