05 Mac 2012

Bengkulu dilanda gempa bumi 5.5 SR

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 5.5 pada skala Richter melanda Selumba, Bengkulu, Sumatera hari ini menyebabkan sebahagian penduduk tempatan panik seketika dan keluar rumah menyelamatkan diri kerana bimbang berlakunya gempa susulan.

Kegiatan penduduk kembali normal tidak lama kemudian, sementara pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia berkata gempa bumi itu yang berpusat di dalam lautan, 46km ke Tenggara Selumba-Bengkulu, berlaku pada pukul 6.17 pagi.

Gegaran yang berlaku akibat gempa bumi yang berkedalaman 15km itu, bersifat lemah. -- BERNAMA

Tiada ulasan: