12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU, 5 Mac: Ana Raffali, artis yang popular dengan lagu ‘Kalau Berpacaran’ bersama Shohaimi Meor Hassan, diraikan dalam suasana yang penuh santai tapi meriah sempena program berbulan madunya ke negeri itu semalam.
(Ana Raffali bersama suaminya, Naim, menunjukan bilik yang ditaja oleh pihak KTC)
Program berkenaan ditaja oleh Kelantan Trade Cantre selama empat hari sempena bulan madunya itu dengan diselitkan beberapa aktiviti menarik untuk dinikmati sempena Tahun Melawat Kelantan.
Usaha itu dibuat oleh Ketua Pegawai Operasi KTC, Aziz Desa sempena perkahwinan mereka pada 25 Febuari lalu.
Ana Raffali, 26, anak kelahiran Kuala Lumpur manakala suaminya Ahmad Aznaim Abdullah, 30 Negeri Sembilan melahirkan rasa gembira apabila ditawarkan pekej bulan madu ke negeri Cik Siti Wan Kembang, memandangkan keduanya begitu meminati negeri itu.
Beliau memberitahu, dengan cuti selama dua minggu memberi peluang kepadanya untuk melawat saudara maranya di Kelantan, terutama sebelah suaminya.
Ana Rafali yang sebelum ini menampilkan imej ‘baju kurung’ kini sudah bertudung pada bulan Rabiulawal lalu mengambil berkat kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.
“Memang saya telah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun saya tidak dapat tentukan bila waktu yang sesuai, esok, atau lusa atau bila tarikhnya.
“Namun saya bersyukur kerana tiba-tiba hati kecil saya berkata inilah saat yang paling sesuai untuk saya bertudung, waktu tu saya ingin keluar rumah,”ujarnya.
Lagipun, menurutnya beliau sudah biasa memakai tidung, khususnya ke majlis-majlis kenduri kendara.
Sementara itu, Aziz Desa memberitahu bilik yang menempatkan Ana Raffali dan suami akan dinamakan ‘Ana Raffali’ sebagai simbolik penginapannya di KTC.
Ana kini masih dalam proses mempersiapkan album baru ‘singlenya ‘Lisa Jatuh Cinta’.
Harakah Daily

1 ulasan:
Tahniah Ana Raffali atas perubahan ini. Semoga penampilan anda boleh merobah ke arah yang lebih baik terutama dalam industri muzik.
Catat Ulasan