12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
WARSAW - Sekurang-kurangnya 15 terkorban manakala lebih 50 cedera selepas dua kereta api penumpang bertembung di kawasan luar bandar Szczekociny selatan Poland, kelmarin.
Jurucakap perkhidmatan kereta api Poland menyatakan dua buah kereta api yang membawa kira-kira 350 penumpang itu dipercayai berada dalam landasan yang sama tetapi pada arah bertentangan semasa insiden menggemparkan tersebut berlaku.
Dalam satu kenyataan semalam, perdana menteri Donald Tusk berkata, kejadian nahas itu adalah paling terburuk sejak 1990.
“Ia adalah tragedi mengerikan dan mencabar kecekapan anggota penyelamat. Kami menjangka angka korban akan meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat penumpang tersepit masih diteruskan,” menurut salah seorang anggota pemadam kebakaran.
Pada 1990, seramai 16 terbunuh selepas dua kereta api bertembung di Ursus, pinggir bandar Warsaw.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan