12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertindak melawan arus ketika mengelak sekatan polis yang mengadakan Ops Samseng Jalanan sebelum terlanggar kereta di Persiaran Masjid, di sini, awal pagi semalam.
Aidil Hamidi Ismail, 33, bekerja sebagai pemandu peribadi syarikat swasta, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan muka akibat terhantuk di bahagian hadapan kereta Perodua Myvi itu.
Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga yang bergegas dari Negeri Sembilan, semalam.
Ketua Operasi Penguat kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abd Rahmat, berkata kejadian berlaku jam 2.15 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari arah Bulatan Setia Jasa dipercayai cuba berpatah balik ke bulatan itu selepas menyedari ada sekatan polis kira-kira 200 meter di hadapannya.
Bagaimanapun, katanya, akibat panik, mangsa terlanggar Perodua Myvi yang dipandu lelaki berumur 27 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 20-an.
“Kejadian ini siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika ditemui sebaik operasi berakhir.
Sementara itu, Hambazi berkata, pihaknya memeriksa lebih 250 motosikal dan menahan beberapa pelajar kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bermula jam 1.30 pagi sebelum berakhir sejam kemudian.
“Sebanyak 115 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal turut disita membabitkan pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen, tiada cukai jalan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tiada lampu brek.
“Selain itu, ada pemandu kereta didapati tidak memakai tali pinggang keledar dan tiada brek ketiga pada kenderaan,” katanya sambil menambah kebanyakan penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan berusia antara 16 hingga 20-an.
Beliau berkata, operasi itu bertujuan membanteras dan mencegah samseng jalan raya yang bukan saja membahayakan diri mereka malah turut berisiko membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
berita harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan