05 Mac 2012

Jalan ­runtuh berikutan arus deras

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KERU – Hujan lebat beberapa hari lalu mengakibatkan penduduk Kampung Ulur Keru, Batu Kikir terputus ­hubungan apabila jalan ­runtuh berikutan arus deras.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Keru, Ruslan Baharom berkata, ­kejadian berlaku pada Khamis lalu jam 6 petang kerana hujan lebat.

“Jalan ini menghubungkan rumah mesra rakyat dan rumah ­tradisional yang ­didiami dua ibu tunggal, Zarina Hamid dan Gayeh Wahab.

“Difahamkan, mereka akan mengadakan perkahwinan anak mereka pada ­bulan enam ini,” katanya.

Menurutnya, air besar dari gunung berhampiran ­telah menyebabkan jalan ini runtuh sekali gus menyukarkan penduduk untuk keluar masuk rumah.

“Air gunung akan melalui Sungai Semeling dan jika ia ­tidak dapat menampung kapasiti air, ia boleh menyebabkan pembetung pecah.

“Apabila pembetung pecah, tanah akan terhakis dan menjejaskan jalan di kampung ini,” katanya.

Ruslan berkata, orang kampung terpaksa mengharungi sungai untuk keluar ­rumah dan meletakkan kenderaan di tempat lain.

“Walaupun air sungai ­cetek, namun apabila hujan ­lebat sungai ini dipenuhi air.

“Sungai ini pada asalnya sudah diletakkan batu sangkar bagi mengelakkan tebing terhakis, namun akibat arus deras, batu sangkar turut ­runtuh,” katanya.

Katanya, berharap pihak berkaitan dapat memandang perkara ini dengan serius bagi menangani masalah tersebut.

Agency

Tiada ulasan: