12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PERMATANG PAUH – Sebuah kedai menjual alat-alat pertukangan, yang terletak di Jalan Permatang Pauh, dekat sini, musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, menyebabkan premis yang berusia lebih 20 tahun itu kerugian hampir RM1 juta.
Difahamkan, api dilihat bermula dari belakang premis, dan litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran berkenaan.
Pemilik premis, Sim Boon Pee, 47, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah di Sama Gagah, yang terletak tidak jauh dari kawasan premis.
Dia terkejut apabila seorang rakan menelefonnya kira-kira jam 10.30 pagi, memaklumkan bahawa premisnya sedang terbakar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Perai, Timbalan Penguasa Bomba A’azelan Hassan ketika ditemui berkata, 30 anggota dari Balai Bomba Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan Butterworth bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan orang awam.
A’azelan berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan bahagian stor yang menyimpan simen dan papan, selain sebuah van, sebuah lori dan juga sebuah forklift yang berada di dalam premis.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan