12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
TAIPING – Penduduk di Taman Aun Say, di sini, bimbang apabila batu yang diletupkan di atas bukit berhampiran menghentam bumbung rumah mereka.
Dalam kejadian itu, dua rumah di Jalan Saw Boon Thye taman berkenaan menjadi mangsa batu tersebut.
Mangsa, Ang Mooi Eng, 72, berkata, dia terkejut setelah mendengar bunyi yang kuat dan kemudiannya melihat seketul batu berada dalam rumahnya.
Menurutnya, sebaik sahaja memandang ke siling, dia mendapati bumbung rumahnya berlubang akibat hempasan batu itu.
“Batu berkenaan mungkin datang dari kawasan atas bukit yang bakal didirikan untuk projek pembinaan kondominium 18 tingkat.
“Nasib baik tiada sesiapa cedera, tetapi amat menghairankan kerana projek pembinaan kondominium itu berada jauh dari rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Mooi Eng, bukan hanya rumahnya, malah rumah jiran turut terjejas gara-gara batu melayang itu.
Katanya, jika dibiarkan mungkin masalah ini akan berulang lagi, dia berharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut.
Sementara itu, wakil pemaju, Bryan Yeo berkata, kerja meletupkan batu di kawasan projek tersebut bertujuan meratakan tanah bagi pembinaan kondominium itu.
Pihaknya meminta maaf atas perkara tersebut dan akan menanggung kesemua perbelanjaan pembaikan rumah yang terlibat.
Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang berkata, dia meminta pemaju menghentikan kerja meletup batu untuk seketika bagi keselamatan penduduk.
Katanya, kontraktor boleh menyambung semula setelah bertemu pihak berkaitan untuk mendapatkan kelulusan seterusnya.
“Penghuni rumah yang terlibat diminta membuat laporan polis dan menyerahkan bil pembaikan rumah tersebut kepada saya untuk diberikan pada pemaju,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan