12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KATHMANDU 5 Mac - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 100 gerai musnah selepas berlaku satu kebakaran di sebuah pasar di ibu negara Nepal pada malam kelmarin.
Timbalan Superitenden polis Kathmandu, Dhiraj Pratap Singh berkata, anggota bomba bertungkus-lumus selama tujuh jam untuk mengawal kebakaran itu.
Katanya, punca kejadian itu disebabkan oleh litar pintas.
“Enam orang termasuk seorang pengawal keselamatan dan seorang wanita mati dalam kebakaran di Kalimati itu,” ujar Dhiraj.
Pasar tersebut yang mempunyai hampir 400 buah gerai adalah pembekal utama buah-buahan dan sayur-sayuran secara borong kepada peniaga di bandar. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan