05 Mac 2012

Bas Dari Genting Highlands Ke KL Terbalik Di Bahu Jalan

12 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, Isnin.

Dianggarkan terdapat 24 penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian.

Jurucakap polis Bentong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan dimaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8 pagi.

Berdasarkan laporan awal, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - BERNAMA

Tiada ulasan: