2 Syaaban 1433H. [MOD] -
MUNCUL selaku pasukan tunggal melakar rekod kemenangan 100 peratus bukan jaminan buat Jerman mudah mengatasi Greece pada pertembungan suku akhir, awal pagi esok.
Jurulatih, Joachim Loew berkata, penting untuk pasukan menumpukan perhatian di posisi pertahanan dengan menutup ruang di antara bahagian serangan dan tengah.
"Kami bermain dengan baik dalam tiga perlawanan sebelum ini dengan melancarkan serangan dan tidak membenarkan lawan memiliki banyak peluang.
Jadi, penting untuk kami mempunyai pertahanan yang kental.
"Masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki kerana kami masih kekurangan naluri pembunuh di bahagian penyudah kerana Greece pasti akan memberi tentangan sengit untuk memenangi perlawanan," katanya.
Tamat saingan peringkat kumpulan, skuad Die Mannschaft cemerlang dengan mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan ke atas Portugal, 1-0, Belanda (2-1) dan Denmark (2-1).
Masih mencuri peluang untuk bergelar juara sejak kali terakhir melakukannya pada 1996, spekulasi juga timbul sama ada Loew akan melakukan rombakan pemain dengan membawa masuk penyerang, Miroslav Klose untuk bergandingan dengan Mario Gomez termasuk Marco Reus di posisi tengah.
"Pasukan ini mempunyai lebih daripada 11 kesebelasan utama, malah dalam setiap perlawanan penting untuk mempunyai keseimbangan antara pertahanan dan serangan," katanya yang mengakui lawan sebagai pakar dalam menyusun atur strategi serta menggunakan kelebihan skil pemain.
Sinar Harian
1 ulasan:
die mannschaft
Catat Ulasan