04 Julai 2012

Sime Darby terus hambat Pahang

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

PASUKAN berstatus kelab Sime Darby yang kian serasi dengan jolokan The Giants Killers terus memberi tekanan kepada anak didik Dollah Salleh dalam perebutan tangga kedua Liga Perdana yang kini berbaki dua perlawanan.

Perebutan tangga kedua kini masih terbuka dengan Pahang empat mata di hadapan di tangga kedua, sementara anak didik Ismail Zakaria di tangga ketiga dengan 39 mata hasil 20 perlawanan yang dilalui sehingga kelmarin.

Bagi Ismail, kemenangan menewaskan Pos Malaysia 4-0 dalam perlawanan malam kelmarin, adalah suntikan semangat anak didiknya untuk terus mempamerkan aksi cemerlang sehingga saingan tamat.

“Sasaran mencapai tempat kedua dalam Liga Malaysia tetap ada walaupun kini Pahang empat mata di depan Sime Darby, berbaki dua perlawanan.

“Sambil mengharapkan Pahang tercicir mata dalam baki saingan dan kemenangan berpihak Sime Darby, tidak mustahil kita mampu menduduki tempat kedua,” katanya.

Berbaki dua perlawanan yang bakal berlangsung 6 dan 13 Julai nanti, Sime Darby bakal menjadi tuan rumah berhadapan PDRM dan pelawat kepada NS Betaria dalam perlawanan terakhir mereka.

Sinar Harian

Tiada ulasan: