15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KOTA TINGGI – Pendidikan ilmu agama sejak di usia muda menjadi kunci utama kepada generasi baru untuk terus memperjuangkan kesucian Islam daripada terus dipersenda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Adun Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, ini kerana perbuatan dan agenda halus pihak tertentu yang bukan beragama Islam untuk menghina agama kita sudah dapat dilihat pada hari ini.
"Oleh itu, bagi memastikan keadaan ini tidak terus berlarutan, generasi muda perlu sentiasa diberi bimbingan dan peranan pihak tertentu amat penting untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku," katanya.
Menurutnya, penduduk di negeri Johor amat bertuah dan beruntung kerana modul yang dipelajari di sekolah agama sebenarnya sudah melayakkan pelajar itu menjadi seorang imam.
“Selain itu, kita juga seharusnya bersyukur kerana Perdana Menteri terus mempertahankan dan berpendirian agar kalimah ALLAH tidak boleh digunakan di dalam Bible. Ini kerana ia boleh mengelirukan umat Islam terutamanya mereka yang baru
mempelajarinya,” katanya ketika merasmikan majlis khatam al-Quran dan penyerahan taklif di Dewan Sekolah Agama (SA) Taman Kota Jaya.
Terdahulu lebih 100 pelajar menyertai program yang dianjurkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Darul Ta’zim Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama SA Taman Kota Jaya.
Hadir sama, Pegawai Tadbir YPK Daerah Kota Tinggi, Norazmi Othman, Guru Besar SA Taman Kota Jaya, Ahmad Tugi Siran.
Katanya, dengan adanya program kerjasama YPK dan pihak sekolah secara tidak langsung dapat mengisi rohani peserta dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan sedia ada.
Sinar harian/-
1 ulasan:
Peranan agenda halus dari pihak tertentu yang bukan beragama Islam itu lahir dari tindak tanduk PM sendiri yang tidak mempraktikkan Islam sebagai Agama rasmi. PM sendiri kena Islamkan dulu keluarga dan anak-anak sebelum berbicara tentang kalimah Allah.
Seperti kata tuan guru, kalimah apakah yang digunakan oleh orang bukan Islam apabila menerima hidayah Islam.Jangan bicara dengan kalimah Allah kalau kalam Allah sendiri pun tidak pernah difahami makna dibaca.
Cakap senangla PM dan sekutunya. Janganlah melahirkan imam setakat mengimamkan solat. Imam itu khalifah yang hanya takut pada Allah.
Bukannya melahirkan imam pengampu. Bab nak didik anak-anak serahkan pada mak yang bukan macam Rosmah atau tok mah..
Catat Ulasan