27 Mac 2013

Hadi 'restui' Pas tanding Bagan Serai?

15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ABDUL HADI AWANG

ABDUL HADI AWANG
BAGAN SERAI - Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan parti itu seolah-olah ‘merestui’ keputusan nekad Pas Bagan Serai untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai yang diperuntukkan kepada PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Bayangan itu disuarakan Presiden Pas sewaktu menyampaikan ucapan di hadapan lebih 300 penyokong Pas cawangan Parit Haji Taib, petang semalam apabila menuntut ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah parti itu bertanding di Parlimen Bagan Serai sejak dahulu lagi.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi turut menekankan kerusi Bagan Serai merupakan kerusi Parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955, di mana kerusi itu pada asalnya dikenali sebagai Kerian Darat.

“Bagan Serai merupakan kerusi parlimen pertama dimenangi Pas pada tahun 1955.

“Justeru, saya berharap supaya ahli-ahli Pas mempertahankan sejarah kita di sini. Dengan melihat ramai generasi anak muda baru berketrampilan (menyertai Pas), ia jelas menunjukkan Pas mempunyai (pemimpin) pelapis untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Unit Peti Undi Parit Haji Taib 1 dan 2 di sini, Ahad lalu.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain, Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin dan Adun Selinsing, Husin Din.

Bagaimanapun, nada berbeza disampaikan Abdul Hadi sewaktu ditemui Sinar Harian bagi mendapatkan penjelasan mengenai status tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai oleh Pas kawasan Bagan Serai apabila menegaskan segala keputusan hanya didedahkan pada hari penamaan calon.

“Segala keputusan akan dibuat dalam Majlis Presiden PR. Kita tunggu penamaan calon (setelah parlimen terbubar),” katanya.

Abdul Hadi turut menafikan kehadirannya pada mesyuarat tertutup Pas Kawasan Bagan Serai bertujuan mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan kerusi Parlimen Bagan Serai dan Dun Alor Pongsu.

“Tiada (perbincangan). Hanya sekadar lawatan turun padang semata-mata,” katanya.

Sinar harian/-

Tiada ulasan: