15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LOS ANGELES - Seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup berjalan sejauh 3.2 kilometer untuk meminta pertolongan selepas kereta dinaiki bersama bapanya terlibat dalam kemalangan, Ahad lalu.
Dipetik AP, Celia Renteria yang turut cedera akibat nahas di Lebuhraya Sierra
di Acton, California mendakwa dia terpaksa meredah laluan sukar dan cuaca sejuk sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan di stesen komuter.
Pihak berkuasa bergegas ke lokasi kejadian mendapati bapanya, Alehandro Renteria, 35, yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
Polis kini sedang menyiasat punca kejadian itu.
Sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan