27 Mac 2013

Kerajaan sementara NS bermula tengah malam ini

15 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan ditadbir oleh kerajaan sementara dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkata beliau tidak perlu mendapat perkenan Tuanku Yang Dipertuan Besar untuk mengetuai kerajaan sementara itu.



Bagi penulis Aspan Alias, kata-kata Mohamad itu tidak disenangi oleh banyak pihak kerana Negeri Sembilan adalah ahli kepada Persekutuan Malaysia dan kedaulatan kerajaan negeri itu tidak boleh wujud tanpa adanya Raja Melayu bersama.

“Kita mesti ingat perlantikan seorang Menteri Besar bagi satu-satu penggal itu adalah di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku dan perlantikan itu hanya untuk penggal itu sahaja.

“Jika penggal itu tamat maka Kebawah Duli Tuanku wajar memberikan perkenan untuk perlantikan seorang Menteri Besar kerajaan sementara negeri yang dinaungi oleh kebawah Duli Tuanku,” tulis beliau di dalam blognya.

Justeru, ujarnya, bagaimana pula Mohamad Hasan memberikan kenyataan terbuka yang dia tidak payah mendapatkan perkenan Tuanku untuk menjadi Menteri Besar Kerajaan Sementara itu sedangkan hakikatnya rakyat belum lagi memilih kerajaan yang baru.

“Segala tanggungan ini wajar diberikan kembali kepada Tuanku bagi baginda melantik sesiapa yang baginda perkenan untuk mengetuai kerajaan sementara itu,” ulasnya lagi.

Baca di sini.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: