01 April 2013

846 pelatih di 79 kem seluruh negara tangguh PLKN

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
AYER KEROH – Seramai 42,000 pelatih kumpulan dua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melaporkan diri di 79 kem di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mereka melaporkan diri bermula 30 hingga hari ini membabitkan keseluruhan pergerakan sebanyak 912 bas dan 40 penerbangan.

Menurutnya, seramai 846 pelatih dari Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang akan ditempatkan kem di Tawau dan Sandakan ditangguhkan latihan siri ketiga Ogos depan selepas kem itu ditutup sementara.

“Seramai 142 pelatih dari Semenanjung yang didaftarkan di kedua-dua kem itu akan ditukarkan ke lima kem lain di Selangor dan Melaka.

“Kebimbangan ibu bapa antara yang diambil kira oleh kerajaan dan kita bebaskan kerisauan mereka.

“Kita tahu PLKN memang selain daripada latihan di dalam kem tetapi juga mereka berada bersama masyarakat menerusi khidmat komuniti pergi ke gereja, masjid dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pergerakan pelatih PLKN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, semalam.

Manakala, pengambilan siri kedua berkenaan dipercepatkan berikutan mahu memudahkan urusan pelatih sekiranya menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan matrikulasi.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: