20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
NIAH - Setelah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan negara Malaysia,
NIAH - Setelah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan negara Malaysia,
Sarawak yang akan menyambut ke 50 tahun hari kemerdekaan pada 16hb
september masih lagi jauh ketinggalan dari segi infrastruk dan
kemudahan asas kepada penduduk di luar bandar.
Masih terdapat ramai penduduk di Sarawak tidak merasai kemudahan asas
untuk hidup dengan selesa. Di Bekenu, kawasan parlimen Sibuti, masih
banyak rumah panjang yang tidak mendapat kemudahan asas seperti
bekalan air bersih, elektrik dan jalanraya yang baik.
Sebagai contoh, penghuni di Rh Alaxander Agap di Sepupok masih
bergantung dengan air hujan sebagai sumber air untuk kegunaan harian,
dan masih menggunakan janakuasa diesel untuk mendapatkan bekalan
elektrik. Keadaan ini amat menyukarkan penduduk kerana mereka terpaksa
berjimat dan hanya menggunakan elektrik di waktu malam kerana harga
diesel sangat mahal.
Menurut Jawing yang mengadu masalah tersebut berkata "50 tahun
kerajaan BN sudah berkali-kali berjanji mahu menyediakan kemudahan
asas seperti bekalan air bersih dan elektrik, tetapi sampai sekarang
janji hanya tinggal janji, sedangkan jarak kampung mereka ke jalan
utama tidak jauh, hanya 1.5 kilometer sahaja”.
Tambah Jawing, di waktu hari perayaan Gawai, air tadahan tidak
mencukupi. Penduduk kampung yang lain juga menambah, keadaan akan
bertambah susah terutama waktu musim kemarau, dimana tadahan air hujan
kekeringan dan mereka perlu mendapatkan air dari sumber yang jauh
dalam keadaan kesukaran.
Majoriti penduduk di ‘Rancangan Sepupok’ juga tidak mendapat jalan tar
berturap. Sehingga sekarang mereka masih menggunakan jalan batu
kerikil untuk keluar dan masuk ke kediaman mereka. Keadaan ini sangat
mengganggu pergerakan mereka terutamanya waktu musim hujan, jalan
tanah menjadi licin dan kenderaan mereka sukar dikawal. Keadaan akan
menjadi lebih teruk jika ada berlaku kecemasan, dimana kesukaran untuk
penduduk untuk keluar mendapat bantuan dari luar.
Penduduk di Rh Alaxander berharap kerajaan segera bertindak untuk
menyelesaikan masalah kemudahan asas di kampung mereka khasnya dan di
tempat-tempat lain dalam kawasan Sibuti dan negeri Sarawak amnya.
Mereka percaya kerajaan negeri Sarawak sebenarnya mampu menyelesaikan
masalah rakyat jika tiada ketirisan berlaku dalam pengurusan sumber
hasil negeri memandangkan negeri Sarawak adalah negeri yang terkaya di
Malaysia.
Kita mengesa pihak yang berkaitan dapat mengatasi masalah tersebut
dengan segera dari terus berlarutan kerana kemudahan asas rakyat
adalah keutamaan yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak yang
memerintah sekarang.
Kerjasama dengan pihak yang berkaitan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan