20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Gaza (Palestin): Teruja, berdebar dan gementar. Itu perasaan saya
tatkala mendapat kebenaran membuat liputan penuh pembedahan seorang
mangsa perang Palestin-Israel di bilik pembedahan, Hospital Sahabat
Pesakit, di sini, kelmarin.
Liputan eksklusif berkenaan dilakukan ketika pembedahan bagi
merawat Helme Abed, 32, mangsa kekejaman tentera Israel pada 2008 yang
ditembak di paha menyebabkan otot kaki kanannya rosak. Disebabkan itu,
Helme tidak mampu menggerakkan kakinya.
Untuk makluman, pembedahan itu dilakukan secara koloborasi bersama
Pakar Ortopedik Hospital Senawang Malaysia Dr Zairul Nizam Zainol Fithri
yang menyertai Misi Perubatan Aman Palestin dan Pakar Ortopedik
Hospital Shifa di Gaza Dr Muhammed Ali Rantisi bermula jam 2.29 petang
dan selesai jam 3.45 petang (waktu Palestin).
Bagi saya, pengalaman berada dalam bilik pembedahan hampir satu jam 15 minit selain menyaksikan sendiri perjalanan pembedahan dari awal hingga akhir adalah detik manis yang cukup bermakna.
Bagi saya, pengalaman berada dalam bilik pembedahan hampir satu jam 15 minit selain menyaksikan sendiri perjalanan pembedahan dari awal hingga akhir adalah detik manis yang cukup bermakna.
WARTAWAN (kiri) bersama Dr Muhammed dan Dr Zairul (kanan) selepas pembedahan Helme.
Jujurnya, ia pengalaman pertama yang agak menakutkan namun saya menguatkan semangat kerana mengetahui ia peluang yang sukar diperoleh di Malaysia apatah lagi membabitkan mangsa peperangan.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan