01 April 2013

Banjir kilat korbankan 10 orang di Mauritius

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

PORT LOUIS - Sekurang-kurangnya 10 orang telah terkorban dalam bencana banjir kilat di Mauritius. Ramalan kaji cuaca dari perkhidmatan meteorologikal kepulauan di Lautan Hindi memberitahu semalam, hujan akan terus turun dengan lebih lebat. 

Kematian telah dilaporkan pada hari Sabtu lepas dan kebanyakan daripada mangsa terperangkap dalam terowong bawah tanah menuju ke Caudan Waterfront iaitu sebuah kawasan komersial di Port Louis.
Perdana Menteri Navinchandra Ramgoolam berkata, Port Louis menerima limpahan hujan melampau dengan bacaan 152 milimeter dalam masa dua jam.

"Kelajuan dan kekuatan arus air telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis selain memusnahkan harta benda," ujarnya sambil mengisytiharkan hari berkabung pada hari Isnin.

Perkhidmatan meteorologikal Mauritius menyatakan bahawa hujan lebat akan terus turun sepanjang malam pada hari ini diiringi ribut petir dan seterusnya membawa bah. - Reuters

Tiada ulasan: