20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PASIR PUTEH - Projek pembinaan stadium negeri di tapak Bandar Sukan di
Bukit Merbau di sini, memenuhi aspirasi anak muda Kelantan dan menjadi
alternatif kepada Stadium Sultan Muhamad IV.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, penglibatan syarikat berdaftar di
negara ini yang terlibat dengan pembinaan Stadium Olimpik Sarang Burung
di Beijing, China, cukup meyakinkan rakyat.
Katanya, kesanggupan dalam usaha sama dengan syarikat tempatan, Tunjong Development Corporation itu, sebagai gambaran keyakinan syarikat bertaraf antarabangsa untuk membangunkan projek di negeri ini.
“Keupayaan syarikat dari segi pengalaman, teknikal dan kewangan cukup untuk meyakinkan rakyat.
“Kerajaan negeri akan membuat pengambilan tanah bagi membina jalan di stadium ini yang menghubungkan Lebuh Raya Rakyat yang kita cadangkan,” katanya sempena Majlis Pecah Tanah Stadium Negeri Kelantan di Bukit Merbau, semalam.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad.
Stadium yang boleh menempatkan 45,000 penonton dalam satu-satu masa itu akan dilengkapi surau di beberapa sudut bagi memudahkan orang ramai bersolat dan kompleks sukan dalam kawasan seluas 34.5 hektar itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dewan masjid untuk 1,000 jemaah, dataran pelbagai guna, stadium tertutup, rumah mampu milik dan pusat akuatik.
Ditanya mengenai kemungkinan stadium itu akan terpinggir selepas Kerajaan Pusat membina stadium lain di negeri ini, beliau berkata, ia tidak menjadi masalah kerana projek di Bukit Merbau bukan stadium semata-mata.
“Kita buat kompleks sukan dan bandar baru di sini. Jika pusat nak buat dua tiga lagi stadium pun tak jadi masalah,” katanya kepada Sinar Harian.
Husam berkata, projek stadium bukan sandiwara kerana perlaksanaannya sudah bermula sebagaimana Lebih Raya Rakyat.
“Pembinaan projek di atas tanah rakyat sudah tentu memakan masa kerana ia perlu digazetkan terlebih dahulu, projek Lebih Raya Rakyat juga demikian kerana pengambilan tanah belum selesai sepenuhnya, yang sudah kita mulakan ialah di tanah kerajaan,” katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan