01 April 2013

Kesian, Muhyiddin pun rimas tunggu PRU13

20 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Muhyidin pun sudah rimas dengan tarikh pembubaran Parlimen)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, seorang timbalan perdana menteri setakat ini pun masih meneka-neka bila bosnya Datuk Seri Najib Razak nak membubarkan parlimen.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, Muhyiddin mengakui rakyat telah resah menunggu tarikh pilihanraya umum ke 13.

Beliau sendiri turut menunjukkan keresahan dan kebimbangannya tatkala Najib mengambil keputusan untuk membiarkan parlimen terbubar sendiri.

Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik parlimen sebelum PRU13.

“Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April,” katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium  Titiwangsa.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata bahawa Najib masih tidak menemui tarikh PRU13 kerana tekanan dalaman Umno.

Sumber itu berkata Najib sedang berusaha sedaya upaya sejak 1.5 tahun yang lalu untuk mencari titik di mana BN boleh menang dan beliau boleh kekal sebagai presiden Umno.

Katanya, Najib sudah lama memanggil PRU13 jika bukan Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menunjukkan tidak sabar untuk menolaknya daripada kerusi Presiden Umno sekiranya keputusan PRU13 hambar seteruk pencapaian Tun Abdullah Badawi lima tahun yang lepas.

“Kan saya dah kata. Muhyiddin dah rimas kerana penungguan Najib kini bakal mengakibatkan beliau menjadi Presiden Umno yang pertama menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

"BN menang tipis atau tewas, Najib tetap out. Tapi tidak sama bagi Muhyiddin, BN menang tipis beliau menjadi bakal Perdana Menteri, jika BN tewas beliau Ketua Pembangkang,” kata sumber tersebut yang dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: