KIJAL – Dua parah sementara seorang cedera selepas dua Proton Satria
Neo bertembung hingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu remuk dalam
nahas di Kilometer 131.8 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan di Meraga
Beris, dekat sini, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.
Dua yang parah termasuk seorang ibu hamil, Tengku Akmaliana Tengku
Zainuddin, 26, yang mengalami patah paha kanan dan patah ibu jari kaki
kiri, selain difahamkan kandungannya turut mengalami pendarahan.
Seorang lagi yang parah adalah pemandu kereta berlainan yang juga
pekerja swasta, Amarul Hafiz Zaharudin, 23, selepas tersepit di tempat
duduk pemandu dan mengalami pendarahan dalam badan serta cedera di
kepala.
Amarul Hafiz dilaporkan masih tidak sedarkan diri.
Nahas ngeri itu dipercayai berlaku berikutan kereta yang dipandu
Amarul Hafiz yang dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Kuala
Terengganu terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar
secara berdepan dengan kereta yang dipandu pasangan guru, Nasrullah Abd
Rahman, 26, dan isterinya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata,
ketika itu Nasrullah dan isterinya dalam perjalanan dari Felda Kerteh 4
menghala ke Gebeng, Kuantan.
“Selepas bertembung, kereta yang dinaiki Amarul Hafiz terpelanting
lalu terbalik di sebelah kaki lima jalan dengan empat tayarnya ke atas
dan enjin keretanya turut tercabut.
“Akibat pertembungan itu, Nasrullah pula terseliuh ibu jari tangan
kiri, cedera di bahagian lutut sebelah kanan dan mengalami
bengkak-bengkak,” katanya semalam.
Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan