3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
MISSOURI - Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman Facebook adalah tergolong dalam kumpulan yang mempunyai masalah emosi.
Ketua penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata, golongan itu terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah kemurungan, pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.
“Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian pula lebih cenderung menggunakan Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain,” katanya pada laporan DailyMail.
Clayton berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan berhubung dengan orang dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.
Bagi yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan