14 April 2013

Sekurang-kurangnya 33 maut nahas bas di Peru

3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


LIMA: Sekurang-kurangnya 33 maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah bas terhumban ke dalam gaung kira-kira 200 meter di utara Peru awal pagi tadi, kata polis. 


Bas terbabas di kawasan laluan pergunungan dekat bandar Otuzco kira-kira 570 kilometer utara negara berkenaan. 

Pihak berkuasa mendakwa keadaan jalan yang berbelit-belit, permukaan yang tidak baik dan kesilapan pemandu sebagai punca nahas. 


Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di Pergunungan Andes berikutan kemudahan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik, penyelenggaraan kenderaan dan jumlah bekerja yang terlalu di kalangan pemandu bas. - AFP 

Tiada ulasan: