14 April 2013

Lihat asap hitam dari jauh

3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Lihat asap hitam dari jauh

Kebakaran menyebabkan rumah tidak berpenghuni ini musnah sama sekali.
MARANG – Beberapa keluarga yang tinggal di Kampung Selawa berdekatan Balai Polis Merchang di sini, panik apabila kawasan sebuah rumah di kejiranan mereka mengeluarkan asap hitam sebelum ia didapati terbakar pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira  jam 4 petang itu, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kerana rumah kayu itu tidak berpenghuni.

Pemiliknya dikatakan tinggal dan menjalankan perniagaan di Kampung Pasir Puteh di sini.

Kebakaran itu tidak dapat dikesan sejak awal, kerana ia terletak agak jauh antara satu sama lain.

“Dari jauh asap hitam sudah kelihatan dan mengesyaki orang bakar tayar buruk tetapi apabila tiba di tempat kejadian, kami lihat rumah kayu yang ditinggalkan tanpa penghuni itu sedang terbakar,” kata saksi  dikenali sebagai Mohamad.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Marang, yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian dan dapat mengawal kebakaran daripada merebak.

Sinar/-

Tiada ulasan: