27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUANTAN: Semakin ramai anak muda kini menghulurkan bantuan kepada Pakatan Rakyat dalam misi mereka untuk menawan Putrajaya.
Di Indera Sempurna semalam, sekumpulan
mahasiswa dari universiti sekitar Pahang yang diketuai oleh Ahmad Fatihi
Makhtar selaku Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)
Pahang mengisytiharkan secara terbuka kebersamaan mahasiswa Pahang untuk
membantu memenangkan Pakatan Rakyat Pahang dalam PRU13 nanti. (Gambar atas)
Dalam majlis itu, sekeping plakad sebagai simbolik sokongan oleh
mahasiswa ini diserahkan kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya
PAS Pahang dan Leong Ngah Ngah, Pengerusi DAP Pahang.
Acara ini disambut dengan laungan takbir dan tepukan oleh ribuan pengunjung.
Wakil mahasiswa ini juga diberi penghormatan untuk menyampaikan pidato ringkas di pentas politik.
Dalam ucapan beliau, Ahmad Fatihi menegaskan bahawa tembok ketakutan
mahasiswa telah pecah dan gelora kebangkitan anak muda ini sudah tidak
dapat disekat lagi. Mahasiswa telah mendapat maklumat yang pelbagai dan
tidak hanya "beriman" kepada media kerajaan.
Gamis Pahang yang mempunyai hampir 500 tenaga mahasiswa ini
mengumumkan akan menggerakkan agenda kebangkitan ini sekaligus menjadi
penyuntik semangat kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat yang lain.
Beberapa siri program jelajah bertemu dengan rakyat telah
dilaksanakan sejak seawal Febuari yang lalu dan dijangka akan turut
turun berkempen bersama calon Pakatan Rakyat nanti.
Kumpulan mahasiswa ini juga merancang akan menggerakkan satu front
baru, iaitu Gelombang Anak Muda Tolak BN (Tolak) yang merupakan
solidariti bersama beberapa NGO dan gerakan anak muda. Mereka bercadang
akan jelajah ke seluruh negeri Pahang sebelum tarikh PRU ini untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat Pahang tentang mengapa mesti menolak
BN. Gelombang Tolak ini juga telah berlangsung di Lembah Klang dan
Johor.
Sebelum itu, di satu majlis Hi-Tea di Taman Jengka Mahkota, Tuan
Ibrahim juga disambut hebat oleh anak-anak muda yang ingin bersama
memenangkan calon PAS di Jengka.
Anak-anak muda sudahpun mula mengeluarkan baju-T dengan wajah Tuan
Ibrahim dan pelbagai lukisan kreatif menandakan sokongan mereka terhadap
PAS dan Pakatan Rakyat.
Orang Muda dah sememangnya geng kita.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan