08 April 2013

Sembilu air bisa

27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Foto 
Johor Bahru: “Setiap kali saya pecahkan gelembung air pada badannya, saya bagaikan dicucuk sembilu melihatnya menangis kesakitan selain darah mengalir dari gelembung itu.

“Malangnya, saya tiada pilihan lain kerana sekiranya tidak memecahkan gelembung berkenaan, ia akan membesar hingga 20 sentimeter,” kata Noor Halimaton Hashim, 32, ibu kepada Muhammad Hazreel Mikhail Hizar, berusia dua tahun yang menghidap Epidermolysis Bullosa (EB) atau masalah kulit gelembung air dan mudah melecur.

Noor Halimaton berkata, hingga kini EB hanya dihidapi seorang penduduk di negara ini dalam tempoh 30 tahun dan anaknya adalah pesakit pertama EB di Malaysia sejak dilahirkan.

Katanya, dia dan suaminya terpaksa membataskan sentuhan pada tubuh Muhammad Hazreel Mikhail kerana setiap sentuhan akan mengakibatkan gelembung pada tubuhnya mengeluarkan bendalir.
NOOR Halimaton meriba Muhammad Hazreel bersama dua anaknya yang lain.

“Lebih malang, ia akan meninggalkan kesan melecur dan berdarah. Setiap pagi, saya akan memecahkan tiga atau empat gelembung bersaiz kira-kita 10 sentimeter menggunakan gunting kecil.


metro/-



Tiada ulasan: