08 April 2013

Sindiket Porsche murah

Foto27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Shah Alam: Lima pemilik kereta mewah, termasuk model Porsche Cayenne dan Toyota Vellfire berharga ratusan ribu ringgit mungkin kehilangan kereta berkenaan berikutan siasatan mendapati kereta terbabit dicuri sebelum dijual pada harga murah kepada mereka oleh sindiket yang memalsukan dokumen kenderaan itu.

Sebanyak 10 lagi kereta mewah masih dalam siasatan polis selepas semua pemilik terbabit, yang sebahagian besarnya ahli perniagaan, tampil membuat laporan polis selepas sangsi dengan harga murah ditawarkan kepada mereka iaitu hanya antara RM40,000 dan RM70,000.

Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati lima daripada kenderaan itu menggunakan nombor casis dan pendaftaran palsu.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua kereta itu dilaporkan dicuri. Sebuah Toyota Vellfire dilaporkan hilang di Dang Wangi pada 2012, dua Toyota Vellfire V6 masing-masing dilaporkan hilang di Bandar Sunway dan Dang Wangi pada 2013, Toyota Estima di Pandan Indah pada 2013 dan Porsche Cayenne dicuri di Ayer Hitam, Pulau Pinang pada 2012.
ANTARA kereta mewah yang dipercayai dicuri sebelum dijual.

Pada sidang media di IPK Selangor semalam beliau berkata, seorang lelaki sudah ditahan dipercayai terbabit dengan sindiket menjual kenderaan mewah pada harga murah kepada ahli perniagaan di sekitar Selangor.

metro/-

Tiada ulasan: