27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Gaza (Palestin): Dia sudah diisytiharkan mati berikutan kecederaan
parah yang dialami, namun kira-kira enam jam selepas itu iaitu ketika
‘jenazahnya’ dituntut keluarga untuk urusan pengebumian, tiba-tiba
jantungnya berdegup semula, sekali gus mengejutkan semua pihak.
Itu keajaiban dan kekuasaan Allah yang diperlihatkan ke atas Ketua
Tentera al-Qassam kawasan Zaitun, Muhammad al-Hasanad, 32, yang
dikongsikan dengan wartawan Harian Metro pada pertemuan dengannya di
sini.
Muhammad berkata, kejadian itu berlaku selepas dia diserang puluhan
pesawat tanpa juruterbang (drone) milik Israel pada 2008 menyebabkan
dia cedera teruk termasuk kedua-dua kakinya terpaksa dipotong hingga
paras paha.
“Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.
“Nyata, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Saya sudah disahkan meninggal dunia namun selepas enam jam, jantung saya tiba-tiba berdenyut semula.
MUHAMMAD menunjukkan kedua-dua kakinya yang dipotong.
“Anggota keluarga dan sahabat handai yang ketika itu datang menuntut ‘jenazah’ saya untuk dikebumikan semuanya terkejut, lantas bersyukur dengan kekuasaan Allah,” katanya yang ditemani isteri, Fatimah Hasanad, 32.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan