27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
MACHANG - Seorang pemuda maut setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kampung Batu 25, dekat sini, kira-kira jam 6.45 petang, kelmarin
Kuik Kim Chei, 26, meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Machang, dekat sini, ketika mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata, kereta yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Machang Ke Kota Bharu sebelum bertembung dengan kereta jenis Vios dari arah Kota Bharu-Machang yang membelok ke kanan.
Katanya, punca kemalangan itu masih disiasat dan orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.
“Pemandu kereta Vios tersebut dipercayai memberi isyarat membelok ke kanan, sebelum dilanggar kereta jenis Kancil yang dipandu mangsa dari arah bertentangan. Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga selepas bedah siasat dilakukan, dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang ramai diminta berhati-hati ketika memandu dan menggunakan lampu isyarat serta peralatan keselamatan lain dengan baik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, selain memandu dengan berhemah,” katanya.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan