08 April 2013

Manifesto BN penakut, gagal penuhi hasrat rakyat

27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Manifesto BN yang dilancar Sabtu lalu bukan sahaja dilihat menciplak manifesto Pakatan Rakyat, malah juga disifatkan sebagai manifesto penakut.

Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Firdaus Jaafar berkata, BN sebagai kerajaan yang sudah memerintah lebih 53 tahun sepatutnya berani dan lebih bertanggungjawab untuk menawarkan sesuatu yang sememangnya dituntut rakyat.

"Manifesto BN tak cukup berani dan tak bertanggungjawab sebab tak berani hapus (Sistem Penguatkuasaan Automatik) AES, hapus pinjaman PTPTN, hapus tol dan memuliakan warga emas.

"Dia hanya tahu tiru Pakatan Rakyat beri permit teksi, turun harga kereta dan beberapa lagi, itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas manifesto BN yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak kelmarin yang disiar secara langsung lebih dua jam di setesen televisyen perdana.

BN sebelum ini turut menawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk muncul di televisyen bagi menerangkan manifesto parti masing-masing.

Tawaran itu datang bersyarat iaitu hanya 10 minit dan dibuat secara rakaman di mana mereka berhak menyunting mana-mana bahagian yang nereka kehendaki sebelum disiarkan.

Ia bagaimanapun ditolak Pakatan Rakyat dengan menyedari tawaran tersebut hanya persifat politik populis untuk menyatakan kepada rakyat bahawa BN mengamalkan kebebasan media.

Mengulas lanjut, Firdaus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Kedah berkata, menifesto BN itu juga sebenarnya tidak banyak memberi manfaat berteruskan kepada rakyat dan bersifat sementara.

"GST dia diam, IPP dia diam, harga petrol dia diam, tarif elektrik dia diam, banyak hak rakyat dia diam. Ini hanya gula-gula untuk pilihan raya.

"Pemikiran BN lambat tiga tahun, rakyat Malaysia mesti teruskan impian bebaskan negara dari BN yang korupsi. Biarkan Mei 2013 menjadi titik mula kehidupan baru bagi rakyat Malaysia," katanya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: