19 April 2013

Salahlaku profesional calon BN Pandan: Rafizi kemuka bukti esok

8 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan salahlaku profesional ke atas bakal calon BN di Pandan, Gary Lim, calon PKR di situ akan membuat pendedahan esok.


Rafizi Ramli (gambar), calon PKR Parlimen Pandan dalam kenyataannya berkata, beliau mempunyai beberapa dokumen yang menunjukkan calon BN itu sedang disiasat.



"Saya akan memberi maklumbalas rasmi mengenai dakwaan salahlaku profesional yang melibatkan calon BN di Pandan (Gary Lim) sejurus selepas proses penamaan calon tamat esok," kata Rafizi dalam kenyataannya.



Penamaan calon untuk Parlimen Pandan akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya esok.



"Saya juga akan mengemukakan beberapa dokumen yang mengesahkan bahawa calon BN di Pandan sedang disiasat kerana dipercayai ada salahlaku professional," kata Rafizi lagi.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Warta Sg Rapat berkata...

Mohon linkskan http://wartasgrapat.blogspot.com/ sebuah blog untuk kempen Calon Pas DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon..mohon kerjasama TQ

Awanama berkata...

Kamu pun apa kurangny, nak mendedahkan salah orang ... cerminlah diri tu dulu ... he